Surau As-Salam Di Setia Damai :
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera kepada semua pengunjung kepada laman web Surau As-Salam, Setia Damai, Seksyen U13, Shah Alam.
Melalui laman web ini kami berhasrat untuk menyediakan satu sistem “online” untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan Surau kita, berita terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang diusahakan oleh AJK Surau, termasuk ceramah, kelas pengajian dan lain-lain yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kalau anda memang penduduk kawasan berhampiran Surau As-Salam, terutama dari Setia Damai atau Setia Ecopark, anda bolehlah berdaftar melalui pautan ini. Saudara-saudari dialu-alukan untuk imarahkan Surau kami pada bila-bila masa. Bagi pengunjung yang belum biasa ke Surau kami, sekiranya anda mencari tempat untuk beribadah, dan kebetulan anda berada di sekitar kawasan kami di Setia Alam, silalah hadir ke Surau As-Salam. Rujuk peta di bawah ini untuk kepastian mengenai lokasi kami.
RSS Feed
Twitter
Posted in
Tags: 




