Nukilan Pengerusi (9 Nov-2011)

nukilan pengerusi

Bagi pihak AJK Penganjur sambutan Hari Raya Qurban surau kita, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Kariah yang telah menyertai semua program yang telah disediakan. Di antaranya sembahyang Hari Raya Aidil Adha, acara sembelihan qurban, menyediakan juadah jamuan sambutan Hari Raya, dan Jamuan Hari Raya sambil meraikan anak-anak yatim dari Kg Medan Jalan Klang Lama.

Kami AJK ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pengendalian majlis tersebut.

Untuk makluman, hari Khamis malam Jumaat ini (10 Nov-2011) kita akan adakan program mingguan seperti biasa iaitu bacaan Yaasin selepas Maghrib. Jemput hadir beramai-ramai.

Sekian,
Hj Mat Asis – Pengerusi.

Komen

komen

Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.