Manzil Itu Apa?

Manzil

Manzil Itu Apa ?

Hasil carian di pelbagai laman di Internet terjumpa riwayat ini :

Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab r.a. : Saya duduk di sisi Nabi SAW, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun” (sejenis sakit yang mengganggu kesiumanan seseorang).  Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.”

Lalu Baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi SAW dengan membaca:

[1] Al-Fatiha

[2] Surah Al-Baqarah ayat 1 – 5.

[3] Surah Al-Baqarah ayat 163 (Wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).

[4] Surah Al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi).

[5] Surah Al-Baqarah ayat 256 – 257.

[6] Surah Al-Baqarah ayat 284 – 286.

[7] Surah ‘Ali Imran ayat 18 (Syahidallahu annahu………..)

[8] Surah ‘Ali Imran ayat 26 – 27.

[9] Surah Al-A’raaf  ayat 54 – 56 (Inna Rabbakumullahullazi……………).

[10] Surah Al-Isra ayat 110 – 111.

[11] Surah Al-Mu’minun Ayat 115-118.

[12] Surah As-Saffat ayat 1 – 11.

[13] Surah Ar-Rahman ayat 33 – 40.

[14] Surah Al-Hasyr ayat 21 – 24.

[15] Surah Al-Jinn ayat 1 – 4.

[16] Surah Al-Kaafiruun.

[17] Surah Al-Ikhlas.

[18] Surah Al-Falaq.

[19] Surah An-Nas.

Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.

Himpunan ayat-ayat tersebut di atas boleh didapati sebagai risalah kecil berjudul “Manzil“.  Klik di sini untuk muaturun Manzil.

Ianya sebagai shifa dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir. Amalan ini dikatakan bersandarkan Hadith sahih riwayat Ubay bin Ka’ab r.a. seperti di atas.

Allahu A’lam.

Berikut ialah bacaan ayat-ayat Manzil oleh Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy.

Komen

komen

Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.