Masjid Setia Alam Dalam Perancangan – Sumbangan Wakaf Dialu-Alukan

Masjid-Setia-Alam

Masjid Setia Alam Dalam Perancangan.  Tapaknya ialah berdekatan TESCO Setia Alam. Untuk maklumat lebih lanjut KLIK DI SINI untuk muaturun risalah yang dikeluarkan oleh J/Kuasa Pembinaan Masjid Setia Alam.  Klik pada Setia Alam Master Plan untuk rujukan kepada kedudukan sebenarnya tapak Masjid Setia Alam berdekatan TESCO Setia Alam. Masjid Setia Alam ini dijangka siap menjelang tahun 2016/2017. Insya Allah apabila siap sepenuhnya ia dijangka boleh memuatkan jemaah seramai 5,000 orang.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 :

Klik Di Sini Untuk Perdengarkan Bacaan Ayat Ini

Maksudnya :.

Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai  itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

In English :

The example of those who spend their wealth in the way of Allah is like a seed [of grain] which grows seven spikes; in each spike is a hundred grains. And Allah multiplies [His reward] for whom He wills. And Allah is all-Encompassing and Knowing. (Al-Baqarah Verse 261)

PERHATIAN : Kutipan sumbangan Waqaf ini mendapat kelulusan Perbadanan Wakaf Selangor Ruj. PWS Bil. 3/2013 pada 30 Disember 2013 DAN Pelepasan Cukai Pendapatan Ruj. LHDN 01/35/42/51/179-6.5621.

Sumbangan Wakaf sebanyak minima RM10 seunit (atau USD3.50 seunit) sehingga apa sahaja nilai sumbangan Wakaf dengan hati yang ikhlas tanpa batas adalah amat dialu-alukan oleh segenap masyarakat, tidak kira samada penduduk kawasan Setia Alam atau berasal dari mana sahaja di serata dunia sekalipun. Risalah seperti tersebut di atas juga memuatkan Borang B1 iaitu Borang Mewujudkan Saham Wakaf Selangor serta maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan.

Jangan lepaskan peluang untuk melabur di saham akhirat yang pasti menguntungkan. Sesungguhnya takkan miskin orang yang bersedekah ke jalan Allah, malah akan bertambah-tambah rezekinya, Insya Allah.

SUMBANGAN MELALUI INTERNET / ONLINE DONATIONS

Untuk mereka yang ingin memberi sumbangan melalui internet, boleh ikut langkah-langkah di bawah :

1.  Klik di sini untuk muaturun Borang B1 dalam MS Word. Isi borang itu terus guna komputer dan simpan.

2. Klik di sini untuk pautan kepada bank-bank untuk bayaran online. Selepas buat bayaran online simpan resit pembayaran online (dalam format pdf atau imej jpg, gif, png dsbnya). Ambil perhatian butir-butir akaun di bawah :

Bank – Bank Islam (M) Sdn Bhd

Nama Akaun – Perbadanan Wakaf Sgor

No. Akaun – 1203-8010-1078-32

3. Isi Borang Makluman Sumbangan Wakaf di bawah, muatnaik borang sumbangan dan resit pembayaran online dan klik pada butang “Click to send”.

4. ATAU boleh hantar emel dengan attachment borang sumbangan dan resit pembayaran online kepada Ejen Kutipan Yang Dilantik :

Tuan Hj Mat Asis Mahnoon di nanisis@gmail.com (Tel. 019-2868515)

YM Tengku Ibrahim Tengku A. Samad Shah di tasza87@yahoo.co.uk (Tel. 017-2008486)

Dr. Mohamad Fadhlillah Mahmood di drfadh.wk@gmail.com (Tel. 012-3302336)

En. Masnawi Ariffin di masnawi_msn@yahoo.com (Tel. 019-6168912)

En. Zulhaimi Othman di ozoolman@gmail.com (Tel. 019-2601794)

Borang Makluman Sumbangan Wakaf Masjid Setia Alam

Name

Email Address

Mobile Telephone No.

Address

Your Wakaf Contribution Amount

Any additional comments

Attachments

SUMBANGAN MELALUI CEK

Sekiranya ingin membuat sumbangan Wakaf melalui cek :

1. Isi Borang B1 seperti di atas, kemudian cetak.

2. Sediakan cek untuk bayaran kepada :  Perbadanan Wakaf Selangor.

3. Hantar Borang B1 dan cek kepada : Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS Tingkat 10 Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk rujukan juga harap klik pada Galeri untuk paparan beberapa gambar menunjukkan Masjid Setia Alam dari kacamata jurulukis. Jenguklah juga Facebook Masjid Setia Alam dan Blog Mercutanda Umat Islam Setia Alam untuk perkembangan terkini.

Komen

komen

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.