Program Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H di Surau As-Salam

ramadhan

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, bulan yang penuh dengan keberkatan. Program yang diatur oleh AJK Surau As-Salam Setia Damai Insya Allah bermula dengan Solat Terawikh pada hari Jumaat tanggal 20 Julai 2012, setelah diumumkan secara rasmi bahawa Awal Ramadhan jatuh pada Sabtu 21 Julai 2012. 

Dari Abu Hurairah r.a :

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa”. (Hadis Riwayat  Ahmad dan An-Nasa’i).

Di sini ada risalah ringkas yang memberi keterangan lanjut berhubung Program sepanjang bulan Ramadhan di Surau As-Salam Setia Damai. Ia boleh dimuat-turun untuk rujukan. Sekiranya ada apa-apa perubahan pihak AJK akan mengumumkan melalui papan tanda di Surau, melalui SMS dan juga melalui laman web ini.

Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadat sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Klik untuk mencapai risalah ini.

program ramadhan di surau as-salam setia damai

Komen

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.