Program Hari Raya Haji Tahun 2012 (1433H) :
Program Hari Raya Haji tahun 2012 (1433H) di Surau As-Salam telah selamat berlangsung mengikut jadual seperti berikut.
Alhamdulillah, berkat kerjasama erat antara Ahli Kariah Surau serta masyarakat setempat, terutama saudara seIslam kita berasal dari Indonesia, program telah berjalan dengan lancar.
AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga masing-masing dan telah bersama kita sehingga akhir program Hari Raya Haji 2012 (1433H).
PROGRAM AIDIL ADHA (1433H) - SIANG
Tarikh Waktu Program
21 Okt 2012, Ahad 09:00 pagi Gotong Royong membersihkan Surau As-Salam
26 Okt 2012, Jumaat 08:15 pagi Solat Sunat Aidil Adha
27 Okt 2012, Sabtu 08:30 pagi Gotong Royong Qurban (3 ekor lembu)
PROGRAM AIDIL ADHA, SABTU 27 OKT-2012 (1433H) - MALAM
Waktu Program
06:30 petang Menyambut Ketibaan Anak-Anak Yatim
07:01 malam Solat Maghrib Berjemaah
07:30 malam Tazkirah oleh Ustaz Faisol
08:18 malam Solat Isyak Berjemaah
08:45 malam Jamuan / Makan Malam
RSS Feed
Twitter
Posted in 




