Puasa 9 Dan 10 Muharram

puasa-9-dan-10-muharram

Puasa 9 Dan 10 Muharram :

Puasa 9 Dan 10 Muharram (Hari Tasyu’a dan Hari Asyura), hukumnya sunnah muakkad, yakni sunnah yang sangat dianjurkan.

Hadis meriwayatkan tentang puasa pada 10 Muharram (Hari Asyura) adalah seperti berikut :

Ibn Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

Kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram, di antaranya Hadis sahih : “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari Asyura ini, sebagaimana disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa pada 9 Muharram pula, iaitu sehari sebelum Hari Asyura, amat digalakkan, berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Semoga kita berkesempatan menambah amalan kita dengan puasa 9 dan 10 Muharram setiap tahun, Insya Allah.

Komen

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.