Misi Bantuan Banjir 2014 Oleh Masyarakat Setia Alam

Susulan kepada bencana banjir yang melanda beberapa negeri dalam tanahair kita dalam penghujung bulan Disember 2014, Persalam bersama MPP Zon 21 Seksyen U13 Shah Alam telah menggerakkan masyarakat setempat untuk menghulur bantuan wang ringgit, barang-barang keperluan dan tenaga kerja untuk “Misi Bantuan Banjir 2014“. Usaha ini juga berjaya dilaksanakan bersama NGO-NGO Setia Alam dan dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sumbangan-sumbangan barang-barang keperluan mula berkumpul di Surau As-Salam pada 27 – 28 Disember 2014, termasuk bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat dan badan-badan bukan Islam setempat.

Pada petang Ahad 28 Disember Disember ramai sukarelawan telah berkumpul di Surau untuk membungkus dan menyediakan segala keperluan agar “Misi Bantuan Banjir” yang mula bergerak pada petang hari Isnin 29 Disember 2014 akan terlaksana dengan jayanya, Insya Allah.

Klik di sini untuk paparan gambar-gambar yang dirakam semasa kerja-kerja persediaan untuk misi ini.

Komen

komen

Both comments and pings are currently closed.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.