Program Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H di Surau As-Salam

Program Ramadhan Surau As-Salam

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H, bulan yang penuh dengan keberkatan. Program yang diatur oleh AJK Surau As-Salam Setia Damai telah bermula dengan Solat Tarawih pada hari Ahad tanggal 05 Jun 2016, setelah diumumkan secara rasmi bahawa Awal Ramadhan jatuh pada Isnin 06 Jun 2016. 

Dari Abu Hurairah r.a :

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa”. (Hadis Riwayat  Ahmad dan An-Nasa’i).

Klik di sini untuk ringkasan aktiviti-aktiviti di Surau As-Salam Setia Damai sepanjang bulan Ramadhan 1437H ini. Makluman-makluman tambahan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadat sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Komen

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.