Archive for the ‘SUARA AJK’ Category

Program Hari Raya Haji Tahun 2012 (1433H)

hari-raya-haji-2012

Program Hari Raya Haji Tahun 2012 (1433H) : Program Hari Raya Haji tahun 2012 (1433H) di Surau As-Salam telah selamat berlangsung mengikut jadual seperti berikut. Alhamdulillah, berkat kerjasama erat antara Ahli Kariah Surau serta masyarakat setempat, terutama saudara seIslam kita berasal dari Indonesia, program telah berjalan dengan lancar.

Qurban Hari Raya Haji 2012 (1433 Hijriah)

qurban-hari-raya-haji

Qurban Hari Raya Haji 2012 (1433H) Hari Raya Haji tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012, maka untuk mengelakkan masalah kesempitan waktu pihak AJK telah melangsungkan program Qurban pada hari Sabtu 27 Oktober 2012.

Bahaya Merokok – Kejutan Dan Amaran Menggunakan Kanak-Kanak

bahaya merokok kejutan oleh kanak-kanak

Bahaya merokok – perlu kita beri peringatan sekali lagi kepada rakan-rakan dan saudara-mara kita mengenai bahayanya merokok. Baru-baru ini saya sempat menonton satu video yang ditayangkan di Thailand sebagai galakan untuk orang-orang dewasa berhenti merokok. Strateginya amat licik, menggunakan kanak-kanak untuk memberikan satu kejutan mengenai bahaya merokok yang mereka langsung tidak terhidu.

Program Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H di Surau As-Salam

ramadhan

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, bulan yang penuh dengan keberkatan. Program yang diatur oleh AJK Surau As-Salam Setia Damai Insya Allah bermula dengan Solat Terawikh pada hari Jumaat tanggal 20 Julai 2012, setelah diumumkan secara rasmi bahawa Awal Ramadhan jatuh pada Sabtu 21 Julai 2012. 

Kuliah Persediaan Ramadhan – 2012

dr abdul basit

Kuliah Persediaan Ramadhan : Alhamdulillah, tepat pada masanya. Video di bawah ini memaparkan Kuliah Dhuha yang berlangsung pada tarikh 1 Julai 2012 di Masjid Al-Mukminun, USJ2, Subang Jaya, yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Abdul Basit Bin Abdul Rahman bertajuk “Persediaan dan Penghayatan Ramadhan”

2 Tayar Baru – Pasang Di Depan Atau Belakang?

tayar baru kereta

Kekadang kita terpaksa tukar dua tayar baru sahaja pada kereta kita. Soalannya dua tayar baru itu harus di pasang di depan atau di belakang? Mana yang lebih selamat?

Masjid Setia Alam Dalam Perancangan – Sumbangan Wakaf Dialu-Alukan

Masjid-Setia-Alam

Masjid Setia Alam dalam perancangan.  Tapaknya ialah berdekatan TESCO Setia Alam. Untuk maklumat lebih lanjut KLIK DI SINI untuk muaturun risalah yang dikeluarkan oleh J/Kuasa Pembinaan Masjid Setia Alam.  Klik pada Setia Alam Master Plan untuk rujukan kepada kedudukan sebenarnya tapak Masjid Setia Alam berdekatan TESCO Setia Alam. Masjid Setia Alam ini dijangka siap menjelang tahun 2016/2017. Insya Allah apabila […]

Panduan Berhenti Merokok – Apa Kaedah Terbaik?

berhenti merokok

Saya terbaca bahawa Fatwa merokok itu haram telah diwartakan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

Nukilan Pengerusi (9 Nov-2011)

nukilan pengerusi

Bagi pihak AJK Penganjur sambutan Hari Raya Qurban surau kita, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Kariah yang telah menyertai semua program yang telah disediakan. 

PENAFIAN: AJK Surau As-Salam Setia Damai tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai untuk resolusi 1280 x 768 dengan sokongan paparan Google Chrome.